Part 7 - Hospital Kuala Lumpur
Dengan semangat baru, aku berusaha mencari no telefon Unit Infertelity/ Reproduktiviti Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dari rekod telefon aku, no telefon
diorang is 03-2165 5452 (You all can try to call first tanya apa yang patut).
Aku first call dorang untuk menanyakan procedure rawatan disini. Kat sini aku
tahu untuk mendapatkan rawatan di HKL memerlukan surat rujukan dari klinik
Kerajaan. Selain itu, mereka juga hanya membenarkan IVF selepas beberapa kali
gagal IUI ataupun sekiranya ketiadaan pilihan. Kalau boleh kami nak IVF terus
sebab kecewa dengan yang pertama.
Untuk mendapatkan surat rujukan, kami ke Klinik Kerajaan
Sekyen 7, Shah Alam.Satu yang aku tak faham dengan Malaysia is mereka always
tanya kenapa nak dapatkan rawatan sedangkan baru 2-3 tahun kahwin sahaja. Bagi aku terpulang pada individu lah, Dah
syarat kelayakan rawatan adalah setelah setahun mencuba. Kita cuba je lah kan.
Tak akan lah nak tunggu 10 tahun baru nak try.Lagipun kami nak usia kami bawah
30 tahun untuk anak pertama. Biar dia
habis belajar sewaktu kami masih aktif bekerja.
Bila doktor klinik tu tanya kenapa nak dapatkan surat ni
terus aku cerita tentang masalah hormon aku disamping sudah melakukan IUI. Malu
ke apa aku tak peduli dah. Yang penting treatment kami berjalan. Barulah doktor itu sanggup menulis surat itu
berdasarkan juga pengalaman kami termasuk IUI pertama di Klinik Hamid Arshad.
Langsung tak ada check pun hari tu.Yang penting surat itu di referkan ke HKL.
Dapat je surat tuh,terus kami bawa ke HKL. Alhamdullilah
semuanya diterima tetapi appointment pertama sebenarnya adalah selepas 2 bulan
dari date surat didaftarkan. Some how, aku rasa tak adalah lama sangat. Hamid
Arshad lagi lama schedule appointment dia.
HKL Check Up Procedure
Sampai gak hari untuk first appointment dengan HKL. Selain
dari surat rujukan tuh, pihak Hospital minta kami sertakan sijil nikah dan
copy IC. Bawa je takyah banyak tanya kan. Bila semua dokumen tu dah diserahkan,
kami tunggu sat before ada nurse panggil interview kami. Kami pun cerita lah
segalanya dari masalah sperm ke, hormon dan IUI yang gagal walaupun everything
look fine. Sayangnya HKL hanya menjalankan rawatan untuk perempuan sahaja
(kecuali sperm analysis). Lelaki kena ambik surat reference lain dan pergi
jumpa pakar lain. Nasib penyakit aku waktu tu makin pulih.
Then bermula check up dengan mengukur BMI (bini aku slightly terlebih BMI) but I think BMI is not a big issue. Aku pun lebih kurang je terlebih sedikit atau penghujung tolerance. Hehe. Lepas tu, barulah nurse tu explain proses rawatan disini berserta gambar rajah lagi. Diorang akan cuba buat IUI beberapa kali sebelum proceed ke IVF. Hanya untuk IUI pertama pun aku rasa amnik masa 3 ke 6 bulan. Kalau sampai IVF, mahu dekat 2 tahun ni. Than wife aku continue untuk ujian darah. Before balik barulah nurse tu serahkan borang untuk darah hari ke dua dan hari ke dua puluh satu selepas period. Lagipun wife aku dah lakukan banyak check up sebelum ni. So boleh skip banyak process lke HSG, pap smear dan lain lain. Aku lak disuruh untuk melakukan ujian sperm, pada mana mana hari wife aku datang.
For info, Day 2 normaly doctor buat untuk dapatkan level
hormone FSH (Follicle Stimulating Hormone) dan Estradiol. Day 21 pula untuk
hormone progesterone. Semua hormone ni ada julat dia mengikut hari ke berapa
kitaran haid. Ujian sperm pula masih sama seperti di Metro Klang hari tuh.
Selepas semua ujian kami lakukan, barulah kami dipanggil
doctor untuk mendedahkan punca sebenar masalah kami. Waktu ni, aku memang dah
tak kisah apa keputusan untuk sperm aku, lagi dengan penyakit hormone aku, aku
tak rasa sperm aku lagi elok ketika badan aku tak fit. Satu per satu result
doctor review, semuanya kelihatan bagus dan aku juga tidak ada masalah dengan
sperm. Tetapi akhirnya, doctor memberitahu masalahnya berkaitan dengan hormone
progesterone wife aku. Normal bacaan should be more than 30nmol/l tapi wife aku
0.5 camtu jeh. Sentap gak muka wife aku time tu, aku pun tak sangka ada je
masalah baru sampai.
Doktor suruh kami balik ke rumah setelah menetapkan tarik
untuk rawatan IUI. Wife aku jadi gelisah
memikirkan hal tersebut. Waktu tu dia baru consume Shaklee tetapi cycle montly
bulan tu terus drag sampai 45 hari. Terus dia stop makan. Mungkin disebabkan
unnecessary food medical consuming ni menyebabkan hormone dia lari. Wallahu a'lam,
aku langsung tak ambik port. Kali ni aku terus stop google nak sembuhkan
masalah progesterone ni seperti kebiasaannya. Aku stop mencari sendiri, tak nak
peningkan otak lagi.
Bagi aku, fokus sekarang adalah untuk mencari penyelesaian
dan bukannya masalah. Biarlah aku yang menjadi puncanya. Aku nak pastikan wife
aku tiada tekanan kerana aku tahu bebannya nanti lebih besar dari yang aku
perlu lalui. Segalanya aku berserah kepada Allah Taala dan pakar d HKL.
End of chapter 7
Jgn risau...sya pun bwt kat hkl iui kali ke dua...berjaya dpt ak ppuan..puji Tuhan
ReplyDeleteJgn risau...sya pun bwt kat hkl iui kali ke dua...berjaya dpt ak ppuan..puji Tuhan
ReplyDeleteDengan kemajuan teknologi perubatan sekarang ini pasti berjaya dengan izin Tuhan
ReplyDeleteYe bro.. Guna je apa yg ada. Kalau dah 2, 3 tahun me Cuba x ada.. Pegi je Consult doktor
Delete