Part 8
Bergelut aku memikirkan tajuk yang sesuai untuk topik kali
ini. Topik ni merupakan gabungan beberapa kisah yang ringkas tetapi sangat
penting sebelum berakhirnya tahun 2013. Tahun dimana ujian datang bertimpa
timpa, tak minta pun.. tapi Alhamdulillah Allah cuma uji hambanya pada tahap
kemampuannya sahaja. So please enjoy reading..
Pada masa kita
bersungguh sungguh berusaha untuk dapatkan zuriat, penyakit rendah hormone testosterone
lak yang timbul. Inilah penyakit yang menyebabkan aku hilang semangat nak hidup.
Bunyi macam biasa tetapi kalau sangat memberi tekanan pada kehidupan kami suami
isteri.
Well, teknologi perubatan sekarang memang mampu mengatasi
masalah ini, through injection, apply patch dekat badan or makan ubat. Tapi
rawatan ni perlu berulang-ulang dan satu hari nanti badan aku akan totally stop produce hormone ni dek
kerana telah biasa menerima hormone dari luar. Kos rawatan ni pun bukannya
murah dan insuran masih tak cover di Malaysia ni. Jenuh aku memikirkan apa lah
daya yang aku boleh buat. Pendapatan tahunan dah lah biasa je..umur pun bukan
lah tua sangat, insyaallah masih panjang perjalanan hidup aku ni. Tapi rasa cam
dah berada dekat akhir hayat dah..
Aku cuba fikir puncanya, rasa ada banyak penyebab sampai aku
jadi teruk lagu ni. But I know I need to do something. Something radical but
then affordable.
Tukar Diet Pemakanan
Cam klise je kan. But seriously, this is the first step I
took to increased the sperm quality. Aku kurangkan nasi penuhkan sayur seperti
kacang botol, taugeh, bendi. Memang aku makan semua benda ni, tapi kali ini
dengan kuantiti yang lebih banyak. Untuk kesan yang lebih cepat, aku juga
mengambil vitaman C dan E dalam dos yang besar, but maybe it was good for the
sperm but not for entire body. Aku dapat rasakan overdose vitamin ni lah yang
menyebabkan hormone aku bersepai. In fact, aku amik vtamin vitamin ni atas
nasihat doctor tetapi mungkin badan manusia lain lain kan. Dia bukan buat full
research pun dekat badan kita. Tapi lebih kepada try and error je..
Akhirnya aku stop semua vitamin supplement ni. Ada lagi
dalam peti ais sampai sekarang. Hehe. Kalau tak sebulan sekali aku beli dekat
farmasi habis gak dalam 100 ringgit. Untuk naikkan testosterone pulak, aku Cuma
makan kacang badam panggang sahaja. Beli dekat Manaz belakang rumh aku sekilo
dekat 50 ringgit. Aku sangat sangat berdoa Allah taala bantu aku untuk lawan
penyakit ni..
Saya perlu bersukan
Saya perlu bersukan. Saya perlu bersukan. Saya perlu
bersukan. Saya perlu bersukan. Banyak kali aku suarakan dekat bini inilah punca
badan aku jadi teruk sebab dah langsung tak bersukan. Aku nak ajak dia pair
badminton ke jogging dengan aku tapi wife aku ni bukannya sport langsung.
Adalah main badminton sebulan sekali..lepas tu takleh dah sebab kerja dan jaga
perut (takut takut sangkut baby gugur pulak sebab bersukan > women logic).Fasa
kehidupan ni memang boring sangat, nak tunggu member-member organise futsal
setahun 2-3 kali je. Budak Ofis aku jangan haraplah..sharp pukul 5, depa tahu
balik rumah je. So apa je alternative aku...
“Dah tu pergilah jogging” sound bini aku balik. Emm...
jogging ni lah benda paling malas aku nak buat. Banyak kali aku mention yang
aku suka sport sebab aku suka bersaing (sila klik label sport for fun untuk artikel
mengenai sukan). Tak enjoy langsung bersukan tanpa partner. Tapi bila penyakit
tak nak surut surut juga, aku dah tak ada jalan lain dah.Kalau jogging je aku
boleh buat waktu ni, aku jogging ajelah. .Dan yang penting aku set kan mentality
aku penyakit aku ni tak akan cure dengan sekali jogging sahaja. Aku kena
pastikan ak buat at least 3 kali seminggu. Aku kena berpeluh banyak setiap kali
jogging untuk keluarkan semua toksin-toksin lemau dengan harapan hormone yang
lebih stabil dibentuk.
Akhirnya, aku memang dah ketagih nak pi jogging hari-hari. Memang
aku rasakan badan aku lebih bertenaga dari 2 -3 tahun lepas. Tapi la ni bini aku
lak kata tak payah jogging sekarang ni. Hehehe. Apa dah..
Get out stress!!
Bila sebut pasa stress ni aku rasa memang dah muak. Nampak
stress ni penyakit mental biasa je kan. Tapi sebenarnya memang boleh affect
your entire body. Setakat stress jalan jem tu biasa lagi, tapi bila soal
kehidupan menjadi taruhan..tu dah kira hyper stress. Stress that can lead you
to death. Wow..poyo sangat.
In fact, kita Malaysia memang low awareness tentang stress
ni. Even ko refer doctor klinik pun dia takleh nak bantu sangat. Kawan-kawan
pun boleh bagi kita happy sekejap je tapi bila kita seorang, depress gila kut
rasanya. Aku dah ta boleh nak layan
masalah aku ni sangat. Aku nak pastikan kehidupan aku tenang dulu. Aku perlu
jadi aku..Dan solution nya adalah, aku cuma lihat diri aku sahaja. Aku dah tak
buka facebook or any media social yang lain, tulih novel untuk isi masa lapang,
bersukan untuk diri sendiri, kurangkan fikir pasal kerja..
Hasilnya, aku memang dah tak stress sangat. Perasaan
jealousy bila sepupu/kawan announce dapat berita gembira dalam facebook ke apa memang
takde sebab aku dah tak tahu, tak tengok facebook. Aku cuma fokus untuk jadi
aku sahaja..tak perlu control lagi. Release bila kita nak, bermain dengan idea
aku sahaja..Tapi please remember, aku tak abaikan family pun. Cuma kurangkan aktiviti
dengan external family/ kawan biasa je.
Dekatkan diri dengan
Tuhan yang Satu
Klise kan.Hehe. Tapi this is fact. Bila kita susah kita
memang akan lebih rapat dengan Maha Pencipta. Soalnya bukan sebab sembahyang,
puasa atau zakat semua tapi soal penghayatan. Penghayatan aku kurang kerana aku
buat semua ibadah untuk memenuhi syarat je. Keihklasan berdoa semua tu langsung
tak ada.
As a muslim, aku memang sangat percaya Allah Taala akan
sentiasa memakbulkan doa hamba hamba-Nya. Cuma soalnya cepat lambat sahaja.
Beberapa kali Allah bagi pentunjuk dekat aku, aku je senang lalai dengan dia.
Sempena bulan Ramadan ni, sesiapa yang terbaca, silalah bersedia untuk mencari
malam Lailatulqadar. Percaya sekuat-kuatnya dalam hati malam Lailatulqada ni
memang real dan bukan seperti malam-malam biasa. Kalau boleh dari first Ramadan dah
practice sembahyang tahajud dan taubat supaya kita tak leka bila 10 malam
terakhir itu. Percayalah Allah akan sentiasa makbul doa kita, Cuma hasilnya
kadang-kadang bergantung dekat usaha kita juga. Banyak kerjanya, cantik
kerjanya, insyallah ada bonus yang baik untuk kita.
Dalam masa yang sama juga, aku nak diri aku khatam al-Quran
sekali dengan tafsir dia untuk kali ini. Time ni Insyallah aku hafal surah
surah dengan sedikit info tentang tafsirannya. Dengan cara ni, aku rasakan
penghayatan aku bertambah, Betullah al_quran ni sebagai penawar seribu
penyakit. Ayat ni kiasan sahaja, tapi maksudnya mendalam. Cuma kita perlu selami.
Insha’Allah.
Conclusion
Aku rasa tajuk kali ni ‘seketika itu’ bersesuaian sebab aku
bukan fokus untuk merawat penyakit hormon aku dan untuk zuriat, tapi minda dan hati aku sekali. Apa apa pun kita boleh ikhtiar secara direct atau indirectly... Kadang-kadang hanya kita diri sendiri sahaja yang boleh
tolong diri sendiri kan. Bye..
Comments
Post a Comment