Great Eastern 2015 Run

Kalau orang sebut Great Eastern Run ni selalunya orang mesti kaitkan dengan colour run. Quite big and famous event every year. Tapi Great Eastern ni ada juga anjurkan 12km running sahaja untuk yang serius berlari. So aku dengan member aku yang serius lari haruslah mendaftarkan ke 12km. Apa barang main baling colour. Haha. (apa barang 12km kan)

So untuk event dekat KL, start line dekat Dataran Merdeka. Kemudian lari ke arah Bukit Tunku sampai ke perhentian bas stesyen duta dan patah balik ke Bukit Tunku sebelum tamat ke Dataran Merdeka.  Bagi aku the best thing tentang event ni ialah track dia. Walaupun berbukit bukit tapi some how aku rasa syok pulak lari area Bukit Tunku ni. Nyaman pun ada. Patut lah orang kaya duduk sini..Nanti aku pun duduk area lebih kurang camni juga Insyallah..


Again with office mate, haru biru member yang join colour run. Haha. Cukuplah kan untuk kali ni. Bye

Comments