Cerita tentang Zuriat- Part 12 - IUI kedua. Penantian

Beberapa kisah sewaktu menanti keputusan IUI

Tunaikan Kaffarah

Dalam waktu menunggu keputusan IUI ni, aku dalam delima untuk menebus nazar aku. Dah lama aku fikirkan apakah sebab impian dan cita-cita aku selalu diselitkan payah jerih. Dari sekolah rendah, masuk ke asrama, masuk universiti, apply kerja, nak kahwin dan sebagainya. Sentiasa ada cabaran yang menyelangi hidup aku. Tak semua cabaran aku lalui dalam keadaan sukar, zaman kemuncak kejayaan pun kadang-kadang penyebab aku berada di dalam masalah. Dan delima aku pada waktu itu, adakah aku perlu membayar kafarrah kerana nazar aku yang terlalu sukar untuk aku tunaikan.

Kalau ikut hukum, aku memang wajib kena bayar kafarah sebab aku nazar atas perkara wajib. Maklumlah nazar waktu masih bersekolah. Mana lah aku pandai hukum-hukum ni. Lagipun aku tak mampu tunaikan walaupun time golden age aku. Cuma aku ada problem bila nak tunaikan nya..kalau ikut al Quran surah al Maidah ayat 89

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.

Problemnya aku tak tahu mana nak cari orang miskin di Malaysia ini yang lapar. Mungkin aku tahu mana port diorang  tinggal tapi aku rasa clueless nak bagi diorang makan ke apa. Maybe aku yang terlebih excuse tapi aku memang tak pasti nak start macam mana. Dipermudahkan Allah Taala,ada juga buku aku beli explain detail hukum mengenai nazar dan sumpah ni. Dan aku bersyukur kerana harus hukumnya mengantikan wang ringgit dengan nilai yang bersamaan. Di Malaysia, so far hanya JAIWP yang menerima bayaran kafarrah. Bayaran yang diterima adalah RM 100. Kira macam RM 10 sekepala. Syukur Alhamdullilah. Rasa lega sangat selepas tertunai hutang aku ini. Bukan untuk IUI pun untuk diri aku sendiri. Insyallah kalau diberi kesempatan, akan aku lunaskan caranya mengikuti apa yang diperintahkan.

Kembara ke selatan tanah air

Minggu IUI hari itu penuh dengan kesibukan keluarga juga. Salah satunya aku dan wife aku terpaksa pergi ke Johor untuk mengambil pulang emak mertua aku. Waktu tu dah tiada siapa nak hantar or ambik dah. Cuma wife dan aku sahaja yang ada kelapangan. Tak sampai hati juga kami menolak tanggungjawab itu kerana IUI. Biarlah, kuasa Allah yang menentukan segala-galanya. Nasib baik waktu tu, ada member aku kahwin di Batu Enam, Segamat. Kuat juga niat kami untuk mengambi pulang mak mertua aku tu.

Setakat highway plus utara selatan itu memang tak ada masalah. Tapi dari johor nak ke Batu Enam tu memang kerja gila. Half dari jalan dia tanah merah dan berlopak-lopak. Aku rasa dah tak ada harapan dah nak jaga rahim wife aku time tu. Dah hamper pukul 6 tapi aku masih belum sampai ke majlis kahwin kawan aku tu. Pecut ajelah dalam ladang kelapa sawit tu. Bertengkak jugalah sebab masing masing dah tension. Isteri aku cuba ingatkan aku supaya bersabar sebab masih ada kemungkinan ada baby di dalam rahimnya sekarang. Tapi bagi aku, resah IUI tu kian pudar sebab tak berharap sangat.

Kakak ipar

Hari-hari terakhir menunggu cycle period wife aku, dia beritahu aku ada sesuatu berita baik but not for us perhaps. My oldest sister in law is pregnant and it was two months. Diorang senyap-senyap rahsiakan sebab tak mahu mengecewakan perasaan adik bongsu mereka. Hanya menunggu masa sahaja. Sayangnya mereka terpaksa beritahu awal sebab kandungan ketika itu berada diluar rahim. In fact, kami dah tak sedih macam dulu lagi dan doakan juga kesihatan dia dan kandungannya. Tak mahu lah kehilangan kandungan itu juga. Kalau kena kat kami rasanya dah menggelupur nak selamatkan dah. 

Sayangnya kandungan itu memang tidak dapat diselamatkan, Kakak ipar aku terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang kandungan itu. Punca kandungan diluar rahim kemungkinan kerana kakak ipar aku mengamalkan pil pencegah kehamilan. Dah 13 tahun dia dok makan sebab dah tak mahu anak. Dua bulan je dah tak makan, terus sangkut. Orang kalau dah subur tu kadang kadang buat macam mana pun sangkut juga kan. In the end, pihak hospital terus potong or ikat tiub falipio dia. Faktor umur juga adalah satu sebab mereka galakkan stop produce anak lagi. Sempat lah kami berdua pergi melawat kakak kami tu lepas balik kerja. Hati kami sedih juga lah sebab sayang rasanya bila kandungan itu kena gugur. Takpelah, kami minta dia doakan takad rezeki belah dia, minta Allah Taala transferkan dekat kami pula.

Penantian

Balik dari hospital, isteri aku membisikkan kata kata yang dah lama aku nantikan.

"Saya dah period" bisik isteri saya dengan raut wajah yang tenang.

Takpelah, aku cuma tersenyum saje. Pengalaman dan ajar kami untuk tidak melenting jika diuji sekali lagi.Tiada siapa yang bersalah kali dan redha bukannya mengalah. Maybe kami terpaksa beberapa kali lagi menempuh proses IUI sebelum hospital membenarkan kami untuk melakukan proses IVF. Maybe IVF hanya jalannya. Takpelah, kami redha dan bersabar sajelah. Tuhan tahu mana yang terbaik untuk kami. Insyallah... (Please do not make any conclusion yet)


Comments