"Wow
nampak artis sangat. Nak pinjam la beg you ni dating" Wawa berkata sambil mengayakan beg baru Farah yang
berharga 5000 ringgit itu.
"You
ambiklah kalau nak sangat" balas Farah yang sebenarnya terasa diperli
dengan usikan Wawa.
"Lol, tak best lah ambik orang punya.
Nanti birthday I, lagi mahal I minta
tau" gurau Wawa yang nampaknya kurang sensitif dengan perasaan keliru Farah
hari itu.
"Dah tu kenapa nak pakai dating. Pergi je la minta baru terus" jawab Farah yang semakin
serabut. Tanpa
dia sedari, nada suaranya telah naik sedikit.
"Ala
I nak dating girl-girl je. Boleh
dik" seloroh Wawa lagi.
Mendengar
permintaan Wawa itu, Farah terus mengambil beg bungkusan kedai itu dan
memberikannya kepada Wawa.
"Nah,
you boleh ambil semua. Ambil terus" kata Farah yang ketika itu juga telah
mengambil beg itu dan membungkusnya.
"Eh
takpe-takpe. Lambat lagi I nak keluar. Puan punya rasmikan dulu" cemas Wawa
kerana melihatkan keseriusan Farah.
Wawa
merendahkan tangan Farah yang memegang bungkusan itu dan lantas meminta untuk
balik ke biliknya. Dia sedar jika diteruskan , mungkin sesuatu yang tak diingin
pula terjadi. Farah hanya diam seribu bahasa tetapi di dalam hatinya sudah
terfikir sesuatu.
Keesokannya,
beg mewah itu tersimpan rapi di dalam bungkusan yang rapi digantung pada tombol
pintu bilik Wawa. Di hadapannya dilekat dengan resit pembelian itu. Wawa
tersedar beg itu setelah bangun pagi dan membuka pintu itu untuk ke bilik
mandi. Nasib baik beg itu seperti masih tiada siapa yang menyedarinya. Jika
terlihat oleh kakak Wawa mesti dia akan mempersoalkannya juga sekurang-kurangnya.
Tidak mahu keluarganya juga salah faham hubungan mereka berdua ketika ini.
Wawa
dengan segera menyorokkan beg itu ke atas almari biliknya. Dia cuba memahami kenapa
Farah begitu marah setelah menerima beg itu. Dia tahu Farah memang suka
berfesyen dan mengikuti trend. Farah sepatutnya sangat gembira dihadiahkan beg
yang cantik itu. Hilang terus selera Wawa untuk membersihkan diri dan mengambil
air sembahyang untuk solat subuh.
Apakah
faktor harga menjadi masalah disini, terlintas dibenak fikiran Wawa. Mungkin
jika diketahui keluarganya pun tidak lebih dari terkejut sedikit kerana Farah
baru sahaja mengenali Akher. Tidak mahu mereka mengatakan Farah mengambil kesempatan
yang melampau. Tetapi seharusnya Farah yang perlu berjaga-jaga dan bukan
menonjolkan lagi harganya.
Wawa
memutuskan untuk berada dibiliknya sehingga Farah telah ke sekolah. Farah tidak
akan menguncikan biliknya dan tidak ada masalah untuk Wawa meletakkan kembali
ke tangan pemunya sebenar. Seperti dirancang, Wawa masuk ke bilik Farah dan
meletakkan beg tangan itu kembali di atas meja Farah. Resit pembelian itu
disisip rapi di dasar bungkusan tersebut. Wawa tidak mahu sesiapa pun perasan
harga beg itu termasuk kakaknya iaitu ibu Farah.
Keesokkan
harinya, Farah mengulangi perbuatan mengantungkan beg itu di tombol pintu Wawa.
Terkejut juga Wawa kerana tidak pernah merasakan Farah begitu gedik sekarang. Kali ini pun sama , Wawa
cuba memulangkan kembali ke biliknya tetapi kali ini dikunci. Mahu tidak mahu,
dia perlu menyimpannya di dalam biliknya dahulu sementara menunggu masa yang
sesuai.
Hubungan
mereka berdua terjalin seperti biasa selepas itu. Ini menyukar lagi bagi Wawa
untuk membangkitkan isu beg tangan itu. Ketika mereka bersama semasa makan atau
menonton televisyen, mereka berdua berbual dan bergelak tawa tanpa ada nampak
sedikit pun kejanggalan. Farah sememangnya hebat merancang tindakan ini
mengikut sifat Wawa. Dia tahu Wawa akan mengikut rentaknya.
Akher
masih tidak menyedari kisah ini. Dia sememangnya ikhlas menghadiahkan Farah beg
itu tanpa mengharapkan balasan dari Farah mahupun Wawa. Wawa juga tidak mahu Akher
terkejut kerana beg mewah itu tidak terpakai malah dibuang buang oleh Farah.
Mungkin Akher hanya mendiamkan diri sahaja jika mengetahui Farah berperangai
sedemikian, tetapi belum sempat mereka berbaik ada sahaja krisis yang timbul.
Wawa terus bersabar menanti masa yang sesuai. Jika beg
itu memang tidak diingikan Farah, mungkin biar dia sahaja yang memakainya. Apa yang
penting, mereka bertiga boleh menjadi kawan rapat dan keluarga sekali. Tiada
lagi soal persaingan. Wawa sedar bahawa Farah dan Akher bagi dirinya adalah
bintang yang menyerikan perjalanan hidupnya. Tanpa mereka kesunyian akan
melanda walaupun dikelilingi sahabat dan keluarga yang lain. Kerana inilah Wawa
bersungguh-sungguh untuk memelihara hubungan ini mereka bertiga.
Akhirnya,
Wawa sekali lagi meminta Akher untuk memujuk Farah keluar bersama. Pada hujung
minggu dimana Farah diketahui akan berada di ruamh tanpa sebarang aktiviti, Wawa
mengatur langkahnya. Dia dan Akher sepatutnya mahu bertemu janji berdua sahaja
tetapi Wawa mahu Akher memujuk Farah keluar sekali. Wawa mengandaikan sekiranya
Akher tiada disini, sudah pastilah Farah tidak mengedahkan permintaanya untuk
menemaninya bersama Akher. Tetapi sekiranya Akher disini, sudah pastilah Farah
akan berasa serba salah untuk menolaknya. Dan ada sedikit kemungkinan yang Farah
akan memakai beg mewah itu kali ini.
Akher
dengan sopan menghadiakan sedozen kuih tart coklat kepada ibu bapa Farah. Dia
juga meminta izin kepada mereka untuk keluar membawa Wawa dan Farah. Oleh
kerana mak Farah memang sudah terpikat dengan segala apa yang ada dari Akher,
sudah tentu mengizinkan mereka keluar bersama. Lagipun, Farah mampu menjadi
perisai juga untuk membataskan pergaulan antara Akher dan Wawa.
Namun
apa yang disangka oleh Wawa meleset. Walaupun setelah diminta secara bersemuka
oleh Akher, Farah hanya menjawab "Malas!". Keangkuhan Farah ini
sedikit menyentap emosi ibunya. Farah terus mengurung dirinya di dalam bilik.
Apa yang dikatakan ibunya tidak dipedulikan sehinggakan kesabaran ibunya sudah
hampir hampir hilang.
"Farah jangan nak kurang ajar sangat sekarang.
Baru sekolah menengah dan mengada ngada macam ni. Ibu tak suka" keluar
kata kata ini dari mulut ibu faraj sendiri.
Hampir tidak pernah ibunya naik suara kepada Farah. Farah
memang anak sulung dan yang paling mereka sayangi. Mungkin kerana Farah menjadi
anak tunggal hampir 8 tahun sebelum adik adik nya yang lain lahir, maka rasa
sayang ibunya terhadap Farah tidak pernah terhakis. Tetapi hari ini, otak Farah
seperti terkena renjatan elektrik mendengar suara tinggi ibunya.
Bagi menenangkan keadaan, Wawa terus memujuk kakaknya
itu kerana dia juga sedar suara kakaknya itu seolah-olah mahu meletup. Kakaknya
itu memang seorang yang baik dan peramah, tetapi jika silap langkah, anginnya
juga bukan kepalang. Dia terus mengajak anak buahnya yang lain
untuk keluar bersama mereka. Bukan main suka lagi anak anak buahnya itu kerana
pasti Akher dan Wawa akan belanja mereka makanan yang sedap. Berlari-lari
mereka untuk menyalin pakaian yang cantik.
Tiba-tiba
Wawa terdengar handphone nya berdering menandakan mesej baru masuk.
"Jangan
bawa adik I makan pakai duit haram" tulisan dan pengirim dari Farah.
Tersentak
Wawa setelah tahu rupa-rupanya Farah berfikiran sebegitu selama ini. Dia
tergamam dan matanya seakan sedikit bergelas dek kerana air mata sudah mula
mengaburi matanya. Nasib suara kakaknya yang mengeluh dengan perangai Farah
menarik perhatian Wawa untuk menahan kesedihan itu.
"Apà lah perangai budak ni hari ni? Nak kata
period, sama-sama minggu lepas. Tak akan dua minggu sambung" ujar kakaknya
itu kepada Wawa. Mungkin dia sedar bahawa dia terlebih emosi hari ini dan telah
malu kerana meninggi suara di depan Akher.
"Takpelah
kak. I keluar lah dengan Farhan, Fahrain, Ana. Adalah tuh something wrong" Wawa nekad juga kali ini untuk membawa anak
buahnya yang lain keluar tanpa menghiraukan peringatan Farah.
Kini
Wawa sedar bahawa Farah telah salah faham. Ini mungkin disebabkan harga beg
tangan itu yang mencecah ribuan ringgit tidak dapat diterima oleh seorang
pelajar sekolah, lagi-lagi yang terlebih pintar. Lagipun Akher baru mengenali Farah
tetapi telah belanja besar untuk dirinya. Masakan salah faham ini tidak mungkin
berlaku.
Wawa
tidak menyalahkan Akher kerana berbelanja sebanyak itu untuk pertemuan kali
pertama mereka. Wawa tahu bagaimana ihklasnya kekasihnya itu. Cuma Farah yang
tidak mengenalinya. Disebabkan itu dia memang bersungguh untuk merapatkan
hubungan mereka bertiga.
Tiba
tiba Farhana adik perempuan Farah ataupun nama manjanya Ana keluar bersama
telefonnya. Walaupun masih berumur 5 tahun, Farhana sudah cerdik menggunakan
peralatan komunikasi itu.
"Kak
Farah cakap kalau Ana ikut Ana makan benda bu.." Farhana ingin memastikan
sesuatu dari makciknya Wawa tetapi segera Wawa mengunci mulutnya.
"Taklah
kita makan Pizza, Kenny Rogers" jawapan ringkas Wawa menghentikan
kerisauan anak buahnya itu.
Hatinya
masih berdebar debar kerana jika Farhan atau Fahrain yang dihasut Farah
pastinya lebih sukar baginya merahsiakan perkara itu. Dia duduk dimeja makan
sambil memerhatikan telatah mereka berdua yang telah siap berkemas dan hanya
menunggu Farhana yang diuruskan ibunya. Wawa terasa Farah juga tidak mahu
perkara ini sampai ke ibunya. Mungkin hanya ingin mengugutnya sahaja.
Akhirnya
mereka tetap keluar berlima meninggalkan Farah ibunya bersama adiknya yang
bongsu. Akher hanya menuruti sahaja program mereka sekeluarga tanpa soalan.
Namun, disudut hatinya tetap merasakan seolah sesuatu telah terjadi di
antaranya, Farah dan Wawa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Beberapa
hari kemudian
"Ala you nak I teman you pergi mana ni. I nak tidur je hari ni." Ujar Farah kepada Wawa.
Ketika ini mereka di dalam kereta ke destinasi yang
dirahsiakan Wawa. Begitu susah untuk Wawa memujuk Farah menemaninya walaupun
kebetulan hari ini cuti awam.
"Adalah.
Nanti sampai you tahulah" jawab Wawa ringkas.
"Ala!
ni you mesti nak bawa I pergi jumpa Akher. Ish, rimaslah jumpa dia" teka Farah
lagi sambil berdegus dan menghempaskan badannya ke kerusi kerta.
Wawa
berdiam diri seketika sebelum membuka kata katanya.
"Kenapa
Farah fikir abang Akher pakai duit haram?" Tanya Wawa kepada Farah.
"Em,
kalau dah nama student kerja apa je
yang boleh dia buat? Belagak sangat ada
duit tuh. Come on kak, you so easy fall in his trap." Farah melepaskan
segala benda yang dirasakannya selama ini.
"Farah
ada bukti ke abang Akher buat benda jahat?" Tanya Wawa lagi.
"Sometime you need no evidence to proof
something. It just enough with logic kak!" Ujar Farah yang bertambah
emosinya.
Wawa
hanya mendiamkan diri selepas itu. Ketika ini mereka melalui kawasan perumahan
dan Farah masih meneka-neka destinasi Wawa. Akhirnya mereka sampai ke sebuah
rumah teres setingkat dengan keluasan 1450 kaki persegi. Rumah yang terhasil
dari skim pemilikan rumah rakyat dari kerajaan untuk golongan sederhana dan
kebawah.
Kelihatan
Akher berada diluar rumahnya bersama dua lelaki cina yang berumur sedang
berbual mesra dengannya. Salah seorang lelaki cina itu sedang memegang bahu Akher
sambil ketawa besar. Seorang lagi hanya mendengar sahaja apa yang diujar
kawannya itu tetapi hanya berdiri tegak.
Wawa
telah memberhentikan keretanya itu diseberang jalan didepan rumah yang tidak
dihuni. Dia tidak mahu mengejutkan lelaki cina secara tiba tiba. Biarlah Akher
menyudahkan urusannya dahulu. Akher juga menyedari kedatangan mereka dan
memberi isyarat untuk mereka menunggunya sebentar.Tetapi lain pula bagi Farah.
"Dah
terbukti Akher ni orang jahat kak. Don't
you see that?" Terus Farah berasa yakin setelah melihat Akher bersama
dengan lelaki cina itu.
"Kak
you tak tengok tv ke? Macam ni lah diorang buat business underground. Adalah tu jual apa apa barang bahaya tu
kak?" Farah terus membuat analisis negatif. Dia sangat merasakan Akher
terlibat dalam kegiatan haram seperti pengedaran dadah.
Wawa
pula hanya tunduk dan sedaya upaya menahan gelaknya tetapi masih disedari oleh Farah.
" You ni dah kenapa kak. Ah tengok tu. Taiko itu
bagi bungkusan apa lak tu. Taknak cakap lah tapi tak nampak macam dadah
ke? You tak takut ke kak?" Soal Farah yang cuba membuktikan lagi dakwaan
awalnya.
Lelaki
cina itu yang pendiam itu menepu- nepuk bahu Akher dan kemudiannya mengeluarkan
sebuah buku seperti buku cek dan menulis sesuatu. Selepas itu dia
mengoyakkannya dan memberikan kepada Akher. Lelaki cina seorang lagi pula
menampar-nampar belakang badan Akher dengan wajah yang gembira. Selepas itu
mereka berbual sedikit sebelum berjabat tangan dan beredar. Farah menundukkan
dirinya di dalam kereta kerana rupa-rupanya kereta hanya diletakkan
bersebelahan. Dia cuba juga menolak kepala Wawa untuk tunduk sepertinya tetapi
ditepis tepis oleh Wawa.
Sempat
juga lelaki cina itu menoleh dan melihat gelagat mereka berdua. Entah macam
mana, Farah terpandang tepat ke arah mata lelaki cina itu. Sebelum cina itu
masuk ke dalam keretanya, dia mengenyitkan matanya ke Farah. Mungkin disebabkan
wajah Farah yang kelihatan terkejut itu menarik perhatiannya. Setelah mereka
pergi, Farah..
"Arghhh!.....habislah
I!. Matilah kita kak!" Farah menjerit seperti dirasuk sesuatu selepas itu.
Bulat
kedua-dua mata Wawa melihat telatah Farah. Wawa tidak tahu bahawa Farah
berlakon atau betul-betul takut. Jika dia berlakon, memang Farah dilahirkan
dengan bakat yang sangat hebat. Wawa cuba menenangkan Farah dengan memeluk
kepala Farah ke dadanya sambil memanggil nama Farah. Wawa meminta Farah
bertenang dan mengucap tetapi seperti tiada hasil. Farah terus menjerit sekuat
hatinya. Akhirnya, selepas tidak mampu menahan bingit suara Farah, Wawa
melepaskan pelukan itu dan terus menuil ke gear pemanduan.
Akher
ketika itu masih berdiri di hadapan rumahnya sambil memerhatikan gelagat Farah
dan Wawa. Binggung juga dia memikirkan punca kekalutan mereka itu. Tak akan
mereka bertengkar sampai sedemikian rupa. Tiba-tiba kereta yang dipandu Wawa
menuju tepat ke rumahnya. Wawa memandu sedikit laju untuk jarak tidak sampai 30
meter menyebabkan kereta mengelongsor sedikit ketika membrek.
Wawa
terus keluar dari kereta itu dan menuju ke bungkusan yang diterima Akher. Tanpa
izin Akher, Wawa terus mengambilnya dan membawanya semula ke keretanya. Akher
cuba menegur Wawa tetapi tidak dihiraukannya. Wawa masuk ke dalam kereta sambil
menyuruh Farah melihat sendiri. Cubaan Wawa pada kali pertama untuk menyuruh Farah
bertenang gagal kerana Farah berterusan menjerit. Akhirnya setelah Wawa berjaya
membuka plastik membaluti bungkusan itu dan melihat objek apa di dalam kotak
itu dia terus menekan hon kereta itu sekuat hatinya selama yang mungkin.
Hon itu berjaya juga menghentikan jeritan Farah. Farah
yang menutup mukanya ke bawah ketika itu seperti baru sedar dari mimpi buruk. Perlahan
lahan dia mengangkat kepalanya. Akhirnya mata nya tepat memandang ke arah Wawa.
Ketika Wawa masih menekan hon kereta itu, Akher juga terkejut tetapi badannya
sangat pasif juga. Dia langsung tidak ada idea kenapa begitu kelam kabut hari
ini. Namun dia sempat juga memesan kepada Farah bahawa barang yang dipegangnya
kepunyaan pelanggannya dan berisiko tinggi tetapi tidak dihiraukan Wawa.
"
Okay Farah, kakak nak Farah tengok betul-betul apa yang ada dalam kotak ni. Ada
ke dadah dalam kotak ini" Wawa menyuruh Farah mengikut perintahnya selepas
Farah kelihatan tenang semula.
Perlahan-lahan
Farah mengangkat kepalanya ke arah kotak itu. Di raut wajahnya memang kelihatan dia seperti dalam ketakutan. Dan
sejurus Farah melihat sendiri objek di dalam kotak itu, dia....
"Bom!!!!!!!!!!!!!!!!!" Kali ini jeritan Farah
lebih kuat dan nyaring. Tak semena mena Wawa ditolak oleh Farah
bersama sama bungkusan tersebut.
Terpingga-pingga
Wawa ditolak sebegitu kuat oleh Farah. Nasib baik dia tidak jatuh keluar kerana
pintu keretanya memang tidak tertutup penuh tetapi nasib baik dihalang oleh Akher.
Dalam kelam kabut itu, Akher sempat juga bersuara.
"
Apa yang bom. Dalam itu ada hard disk dan mesin je" beritahu Akher pada Wawa.
Tetapi
semuanya telah terlambat, Farah pengsan di dalam kereta itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mata
Farah terkebil-kebil ketika baru sedar dari pengsan. Tidak pernah seumur
hidupnya pengsan dan Impak dari pengsan Itu memang memeningkan kepalanya. Dia
tidak mampu membuka matanya luas-luas seperti biasa kerana terasa alam
berpusing-pusing. Dalam kebinggungan itu, dia ternampak wajah seorang wanita
berumur menunggu di depannya.
Wajah
wanita itu menyebabkan hati Farah menjadi tenang. Wanita berumur itu terlihat
tersenyum ketika melihat Farah telah sedar. Senyuman itu menambahkan
ketenteraman jiwa Farah. Sedikit-sedikit Farah cuba bangun dari katil empuk
bersaiz king itu. Wanita itu, membantu Farah untuk bangun dan menyandar pada
kepala katil itu. Dia kemudiannya memberikan Farah segelas air untuk diminum.
"Makcik,
saya dekat mana?" Tanya Farah terus.
Makcik
itu tersenyum mendengar percakapan Farah yang sudah tenang. Dia kemudiannya
duduk diatas katil disebelah betis Farah sebelum membuka kata katanya.
"
Farah sekarang berada di rumah makcik. Syukur alhamdulillah Farah dan sedar. Farah
rasa macam mana sekarang"
"Saya
rasa pening sedikit....em mana kakak saya?" Tanya Farah yang teringatkan Wawa.
"Dia
ada di luar dengan anak-anak makcik. Nanti makcik panggil Wawa masuk
ye..tapi" beritahu makcik itu lagi. Mulutnya terkunci sedikit untuk
menamatkn kata-katanya. Mungkin dia sedikit risau mengenangkan Farah baru
bangun dari pengsan.
"Apa
dia makcik?" Soal Farah terus menyambung bicara mereka.
"Farah bertenang dahulu ye. Makcik nak beritahu
sesuatu dahulu. Apa yang Farah tengok tadi tu bukan bom. Tu barang kilang je. Projek
anak makcik. Nanti makcik suruh Akher tunjukkan macam mana kerja dia ye."
Beritahu makcik itu yang sebenarnya ibu Akher secara tenang dan jelas
"Em...ntah
macam mana saya sedar betapa bodohnya saya dalam mimpi tadi.." Farah
mengaku secara tiba-tiba. Entah apa yang dimimpikan tetapi kata katanya itu membuatkan
ibu Akher tersenyum besar.
"Alhamdullilah
syukur. Nanti makcik suruh Akher tunjuk ye. " lega nafas ibu Akher
mengakhiri kata katanya itu.
Belum
sempat mereka berbual panjang lagi, Wawa membuka pintu bilik itu perlahan-lahan.
Dia mengukirkan senyuman ke ibu Akher seolah-olah meminta izin darinya untuk
berjumpa dengan Farah. Dia terpaksa berada diluar kerana menghormati permintaan
ibu Akher. Pengalaman, kelebihan dan kemesraan wajah ibu Akher terbukti
mententeramkan jiwa sesiapa pun. Wawa memang tidak senang duduk sepanjang Farah
pengsan. Sedikit bunyi dari bilik dimana Farah berehat sudah cukup
meresahkannya. Terus sahaja dia mengintai melalui lubang kunci. Nasib baik
hanya sejam sahaja Farah pengsan, itupun sudah 14 kali dia berulang-alik dari
ruang tamu.
Ibu
Akher mengangguk tanda setuju mengizinkan Wawa masuk ke dalam dan berjumpa Farah.
Muka Wawa berkerut menahan terik air mata. Dalam hatinya pasti lega kerana
gembira tiada apa-apa berlaku pada Farah. Walaupun doktor yang memeriksa Farah
mendapati tiada apa-apa yang berbahayakan, tapi Wawa hanya mampu menarik nafas
lega selepas Farah sedar. Dia terus melabuhkan punggungnya disebelah Farah dan
kemudiannya menarik kedua-dua gengaman tangan Farah. Gengaman tangan itu
kemudiannya didongakkan ke atas dagunya seolah-olah mahu menciumnya. Tapi Wawa
hanya menatap tepat ke mata Farah tanpa sebarang bicara.
Membalas
tindakan Wawa itu, Farah hanya tersenyum kecil tetapi berjaya dia menyembuhkan
kegusaran Wawa.
"Sorry kakak" terpancul kata
kemaafan dari mulut Farah dahulu.
Wawa
yang langsung tidak merasakan Farah yang bersalah terpaku mendengar permohonan Farah
itu. Tidak dijangka pula sorry adalah
perkataan pertama mereka. Lagipun, seharusnya Wawa yang harus bertanggungjawab
kerana semuanya berpunca dari rancangannya.
"Farah..janganlah
macam ni. I takut separuh mati tadi tau" bicara Wawa tanpa menghiraukan
isu siapa yang bersalah. Dia kemudiannya membelai belai pipi Farah dan sesekali
menyelak sebelah rambut Farah ke belakang telinga.
"Okay
kakak, sorry sangat sangat buat U dan semua orang risau" respon Farah yang
semakin ceria didengari.
Bicara
Wawa terhenti sebentar dan sekali lagi dia menatap kembali wajah anak buahnnya
itu. Dan kemudian " sebenarnya Farah, U mimpi apa tadi"
Wawa
tidak mampu menahan keinginan untuk memahami mimpi Farah ketika pengsan tadi.
Apakah yang dimimpikan Farah sehingga perubahannya begitu ketara. Namun soalan
itu dibalas " Biarlah rahsia kakak. Cukup untuk saya faham my silly brain cukuplah" dengan
senyuman.
Wawa
mengangguk kepalanya erti faham dan menghormati keputusan Farah. Mungkin Farah
tidak mimpi apa-apa pun. Yang penting Farah sudah sedar dan bertenang. Mereka
terus berbual dan sementara itu ibu Akher meminta izin untuk menyediakan juadah
petang
Tidak
lama kemudian ibu Akher kembali untuk memanggil mereka minum petang. Kali ini
ibunya datan bersama anak bongsunya. Farah kemudiannya bersalaman dengan ibu
dan adik Akher dan sekali lagi dia memohon kemaafan kerana menyusahkan semua
pihak.
Hidangan
barat dan timur menjadi santapan ringan mereka. Sebenarnya ibu Akher memang
telah menyediakan paflova selepas tengah hari kerana Wawa memang telah
memberitahu kehadiran mereka semalam. Tak cukup dengan paflova, ibu Akher
menyediakan pula kuih seri muka kerana memikirkan bekalan semasa pulang untuk
keluarga Farah dan Wawa.
Dari
ruang tamu, Farah yang perlahan-lahan mejamah selera memandang tepat ke satu
sudut ruang tamu kedua rumah Akher. Di situ beradanya Akher yang sedang fokus
melakukan kerjanya di hadapan komputer dan sebuah mesin yang berwarna hitam.
Ada beberapa jenis mesin dan papan litar elektronik yang disimpan rapi diatas
rak besar bersebelahan dengan meja komputer. Dihujungnya pula seorang kanak
lelaki dalam lingkungan 9 tahun sedang bermain komputet riba. Persiapan bilik
itu seperti sebuah bengkel mini. Selain dipenuhi dengan mesin, masih terdapat
berbagai-bagai lagi peralatan kerja tetapi semuanya dalam keadaan tersusun.
Tidak
sampai separuh kek paflova dijamah Farah, dia bangun dari sofa empuk itu.
Matanya masih tepat memandang ke arah Akher yang sedang khusyuk. Wawa leka
menikmati kedua-dua jenis kek tersebut dan bertanyakan resipi tanpa menyedari
perlakuan Farah. Saat Farah melangkah ke arah Akher barulah ibu Akher dan Wawa
berhenti berbual.
"Farah..."
Tegur Wawa tetapi kata-katanya tengelam begitu sahaja.
Farah
terus melangkah perlahan ke arah Akher. Wawa sebenarnya belum dapat menarik
nafas lega selepas Farah pengsan. Personaliti Farah memang berubah selepas
tersedar. Walaupun Farah pengsan tidak sampai satu jam dan doktor yang memeriksa Farah sangat pasti Farah
sangat stabil dan pengsan kerana terkejut yang melampau , tetapi ini tetap kali
pertama baginya. Ingin sahaja dia membawa Farah ke hospital tetapi realitinya
dia juga dalam dilema. Takut juga dia kalau perkara ini tersebar ke pengetahuan
keluarganya. Mungkin salah faham ini akan menjadi lebih teruk.
Beberapa
langkah sebelum Farah betul-betul berada di belakang Akher , Akher memusingkan
badanya dan bertanya khabar. Akher sudah menyedari kehadiran Farah seawal Farah
melangkah lagi. Cuma dia juga harus berhati hati kerana tindakan Farah hari ini
sangat sukar diramal. Dia sedang bekerja pada masa yang genting ini kerana
mengikuti nasihat ibunya. Ibu Akher menyuruh Akher melakukan kerjanya pada hari
ini bagi membolehkan Farah faham bagaimana fungsi alatan itu walaupun ibunya
juga tidak mengerti.
"Hi
Farah. Farah rasa sihat sekarang?" Akher masih risau akan kesihatan Farah
lagi.
Farah
tidak menjawab soalan Akher tetapi matanya memandang tepat ke arah Tiga screen
monitor Akher. Satu darinya dipenuhi tulisan yang Farah rasa ada program dalam
bentuk language. Screen kedua adalah
seperti software ringkas. Dia cuba berfikir apakah yang sedang dilakukan Akher
tetapi gagal membentuk kesimpulan. Dia tidak faham apa yang dikerjakan Akher
dengan software dan komputer yang sebegitu canggih itu.
"Boleh bagitahu Farah apa benda abang Akher
tengah buat ni?" Tanya Farah yang tekad untuk mengerti segalanya hari ni.
Mendengar permintaan Farah itu, Akher seperti menarik
nafas lega. Seolah- olah tepat ramalan ibunya.
"Baiklah, Farah mesti faham punya lepas ni"
beritahu Akher dengan yakinnya. Dia menepuk tanggannya dan sejurus kemudian
berpusing kembali ke posisi di hadapan monitor.
"Panel box yang Farah nampak ni adalah
sebuah control panel untuk mesin
hydraulik kilang client abang. Katanya mesin ini untuk uji product company
diorang. Problemnya sekarang mesin
ini rosak. Setting program dengan actual run dan lari"
Kata
kata Akher berhenti disitu mungkin mengharapkan soalan dan respon dari Farah. Farah
hanya berdiam diri, ntah faham atau tidak. Ketika itu Wawa baru sahaja berada
disebelah Farah. Akher mengukir senyuman ke Wawa sebelum menyambung ceritanya
kembali.
"Kerja
abang sekarang adalah untuk memastikan apa yang rosak dahulu. Kalau Farah
tengok software dia dekat screen ni, client abang dah setting semua parameter
dia. Dan bila abang run sahaja program dia.." Bicara Akher sebelum
berhenti seketika setelah menekan icon start.
Indikator
pada pemuka panel kawalan tiba-tiba menyala. Kemudian beberapa meter analog
bergerak dan menunjukkan bacaan. Kemudian indikator yang lain juga menunjukkan
isyarat hijau.
"Okay,
sekarang problemnya" sambung Akher.
Tiba-tiba
screen monitor menunjukkan status error dan mesin tiba-tiba menunjukkan indikator
merah. Akher kemudiannya menekan-nekan beberapa icon pada screen tetapi tiada
respon.
"Okay
sekarang mesin dan program dia dah stop. Maybe untuk safety reason companya
yang buat dia stop kan mesin ini dari continue run. Tapi abang dah tetapkan
mesin ni run dalam unit dummy. Walaupun operate hanya dengan software dan
control panel, software akan run juga kalau salah satu ni tak rosak. So next
step abang kena check coding atau pun komponen dalam control panel. Mesin punya
logik macam dah lari"
"Wah,
langsung tak paham apa you cakap. Farah you faham ke?" Sampuk Wawa yang
langsung tak dapat membayangkan apa makna kata-kata Akher itu.
Farah
membisukan mulutnya. Matanya merenung tepat ke skrin monitor. Tiba- tiba dia
duduk memegang mesin itu dan membelek-belek mencari sesuatu. Sejurus dia
menjumpai apa yang dia hendaki, Farah mula menyoal kembali
"Haha
Engineering Ent..Em kenapa diorang ni tak hantar benda ni kepada manufacturer
dia balik?"
"Good question" jawab Akher selamba.
"
Abang tanya juga tadi, takut void
warantty ke apa. Rupanya Mr Shen cakap company tu dah tutup. Dia tak ada
pilhan lain dah..nak invest mesin baru kena modal dalam 100 ribu. Then Uncle Chin
yang memang kawan baik dia promote kepada abang."
Akher
menghentikan kata-katanya menantikan respon tetapi tiada balas dari Wawa
ataupun Farah. Mereka seperti mahu jawapan lebih dari Akher.
"Sebab
tu Uncle Chin minta tolong sendiri depan depan. Sebab Uncle Chin ni baik sangat
dengan Mr Shen. Abang pun insyallah lah selagi mampu nak tolong Mr Shen tu.
Insyallah kerja ni tak berat sangat. Abang pun dah ada something nak test dulu
sebelum repair mesin ni"
"Selain dari itu, abang suka ambik projek dari
universiti. Selalunya
pensyarah yang ada projek mechatronik akan hantar ke abang untuk abang design dan buat.
Camni abang boleh tolong diaorang jimat kos"
"So,
Abang harap Farah dan Wawa faham macam abang isi masa abang. Abang tak buat
benda bukan-bukan..kalau Farah tengok pun semuanya mesin. Dekat belakang ada
lagi mesin welding, mesin tgi.." Tiba-tiba bicara Akher dipotong oleh Farah.
"Kalau
dah strungle macam ni kenapa berlebih lebih belanja orang lain?" Soal Farah
yang seakan akan mendesak. Lagipun perkara ini telah membelengunya agak lama.
Soalannya
kali ini tidak disambut terus oleh Akher. Wawa ingin sahaja mencubit Farah
kerana terkejut soalan sebegitu terpancul dari Farah. Dia juga terasa kerana
terfikirkan tentang sejumlah wang yang diterimanya sebagai wang hantatan walaupun
masih tidak punyai apa-apa ikatan. Tidak pernah pula dia mempersoalkan hal
demikian kerana terlalu percaya dan saying kepada Akher.
"Dengan
semua yang Abang bagi, beg tangan..duit hantaran kak Wawa, macam-macam lagi
hadiah mewah kak Wawa. Makan mahal-mahal...abang rasa berbaloi ke semua
ini?" Tambah Farah lagi
Terkejut
Wawa mendengar luahan sebegitu. Wawa lagi terkejut kerana ingatan Farah itu
memang sangat tajam. Dia hanya tersalah sebut tentang wang hantaran itu ketika
pertama kali Akher berjumpa keluarganya. Tidak disangka kertelepasan
kata-katanya menjadi sesuatu poin untuk hari ni.Tiba-tiba dia pula yang
bersemangat untuk mendengar jawapan dari kekasihnya, Akher.
Kali ini Akher seperti tiada jawapan. Bijaknya Farah
kerana mampu memerangkap Akher ke tahap ini. Akher hanya menundukkan mukanya ke
lantai dan mengaru pusar rambutnya itu. Mungkin mencari jawapan sesuai untuk
soalan maut dari budak sekokah tingkatan 4 itu.
"Bukan
abang dan kehilangan ayah ke? Abang mesti perlukan wang untuk family abang kan. Perlu ke abang belanja
begitu banyak untuk kami semua yang tiada kaitan ni?" Sambung Farah yang
kedengaran seperti nasihat.
"Suka
hati abang kita lah dia nak guna duit itu untuk apa. Abang kita banyak
duit?" Tiba-tiba adik Akher menyampuk dalam perbincangan itu. Dia tidak
berganjak pun dari kerusi mahupun memusingkan posisinya. Dia hanya menatap
terus skrin komputer ribanya sambil bermain-main dengan sesuatu software
lukisan.
Mendengar
rungutan itu keluar dari budak sekolah rendah, hati Farah menjadi panas. Dia
terus menerpa ke arah adik Akher dan memandangnya terus ke wajahnya. Kini mata Farah
dan adik Akher bertentangan. Farah yang seakan sangat lemah tadi kini menjadi
bersemangat. Wawa pula semakin risau dengan situasi tersebut.
"Adik..walau
kaya macam mana pun abang adik. Dia ada tanggungan ramai tau..dia kena berjimat
cermat. Tak payah beli beg harga 5 ribu untuk kakak tau. Adik pun mesti kena
bantu abang Akher repair repair barang kan?" Bicara Farah yang seakan
memerli pula.
"Kakak
tahu apa pasal abang Akher.. Kakak tahu tak dia dapat projek besar dengan Uncle
Chin. Dia baru dapat Dua ratus ribu bulan lepas..awal tahun
tu seratus ribu lebih. Suka hati dia lah nak guna untuk apa pun. " marah adik Akher dan cuba untuk menoleh kembali ke skrin
laptopnya
Farah
terpingga-pingga mendengar angka pendapatan yang sebegitu besar itu. Kali ini dia yang terpaku.
"Wow !..rilek-rilek." Sambung Akher
menghentikan pertelingkahan remaja tingkatan 4 dengan budak sekolah rendah itu.
Adik
Akher hanya menjeling tepat ke muka Farah kerana tidak berpuas hati dengan
sikap pandang rendah Farah. Dalam masa yang sama, terukir senyuman sinis
dibibirnya setelah berjaya membuatkan Farah terpinga pinga.
"Abang
rasa biarlah abang introduce sedikit
tentang family abang dengan Farah dahulu" jelas Akher setelah melihat
mereka berdua telah bertenang sedikit.
Farah
tidak mengeluarkan sebarang respon. Dia mungkin di dalam keadaan blur sekali
lagi kerana terkejut mendengar pendapatan Akher yang sebegitu tinggi.
"
Akmar..Akmar. Pandai dia mencelah sekarang ye" Akher menujukan kata-
katanya ke adiknya yang berada berdekatannyan itu. Kata-katanya bukan untuk
memerli mahupun memarahi adiknya tetapi lebih ke arah memuji. Mendengar nada
sebegitu, Akmar tersenyum gembira.
"Okay..yang
mulut lantang ni ialah adik abang yang ke empat dalam keluarga abang. Abang
ialah yang sulung. Akmar ni memang assistant abang yang paling rapat. Bila dia
dah habis kerja sekolah dia akan tolong abang habiskan design dalam komputer.
Selalunya customer akan scatch drawing atas kertas tetapi proper
drawing still kena dilakukan bagi memudahkan kerja fabricator. Akmar di baru darjah
3, tapi ni lah bakat dia dan hobi dia. Anything about komputer pun boleh tanya
dia."
Farah sekali lagi terpinga mendengar perjelasan Akher
mengenai kanak-kanak yang difikirkan remeh tadi. Jika betul kata kata Akher
tanpa ada sebarang tokok tambah, keupayaan adiknya sudah setaraf pekerja
industri. Tetapi mengapa?
"Alisya..datang sini jap" pinta Akher
memanggil adik perempuannya yang bongsu.
Adiknya
ketika itu sedang dalam dekapan ibunya. Dia melepaskan tangan ibunya yang
berada dibahunya dan berlari ke arah Akher. Akher menyambut adiknya itu dengan
menundukkan badanya badannya sama dengan ketinggian adiknya. Alisya kemudiannya
menghulurkan tangannya ke arah Farah untuk bersalam dengannya. Farah tersentak
dengan tidakan Alisya tetapi terus juga menghulurkan tangannya bersalaman.
"Sedap
tak kek isya buat dengan ibu?" Tanya Alisya kepada Farah sambil tersenyum
dan mengharapkan pujian.
"A..er..Isya
buat rupanya? Sedap sayang.."beritahu Farah sambil mengusap kepala Alisya.
Hakikatnya dia baru sedar betapa sedapnya kek yang dimakannya sebentar tadi.
Tadi fokusnya untuk memahami sumber kehidupan keluarga Akher sampai tidak
berasa apa apa ketika makan.
"Hah..chef hari ni ialah adik bongsu abang, Alisya.
Baru darjah 1. Hobi dia tolong mak dia kat dapur beritahu Akher berterusan sahaja , mungkin
kerana Alisya sudah memperkenalkan dirinya tadi.
"
Wow..bagus-bagus adik abang Akher." Puji Farah sambil mengukir senyuman ke
Alisya yang didangkapnya. Mungkin disebabkan Alisya berada disitu juga,
keagresifan Farah berkurangan dengan mendadak. Malas bertanya kan Akher, Farah
bertanya terus ke Alisya.
"Alisya
ada berapa adik-beradik..3 je ke?"
"Isya
ada 5 adik beradik. 3 abang dan satu kakak" jawab Alisya.
"Oh
ye ke.tapi hari ni cuti..diorang pergi mana hari ni sayang?" Tanya Farah
sambil memandang sekeliling mencari foto keluarga Akher. Akhirnya, terpandang juga sekeping gambar bersaiz 3R disimpan di dalam
rangka gambar yang biasa. Gambar itu tergantung di sebuah penjuru ke
koridor menuju dapur. Farah membawa Alisya menuju ke gambar itu secara tiba
tiba.
Gambar
itu tidaklah begitu lama usiannya. Mungkin 5 atau 6 tahun lepas memandangkan
wajah Alisya semasa itu masih lagi seorang bayi. Gambar itu lengkap menunjukkan
kesemua ahli keluarga Akher. Turut berada dalam gambar itu adalah arwah ayah mereka.
Selepas menatap gambar itu, Farah terus bertanyakan kepada Alisya.
"
Mana abang dan kakak Isya yang lain?"
"
Oh, Isya baru nak bagitahu. Abang Ngah
kita dia dekat Belgium sekarang. Ada lawan hoki bawah 15 tahun. Kakak Nisa dia
tak balik minggu ni, ada dekat asrama. Dia dekat MRSM. Abang ngah kat Sekolah
Sukan Bukit Jalil." Agak petah Alisya bercakap walaupun masih berusia 7
tahun.kan
Mendengar
penerangan Alisya yang masih kecil itu, Farah mengakui kesemua ahli keluarga Akher
mempunyai kelebihan masing-masing yang sangat menonjol. Tanpa bicara, dia
meneruskan menatap gambat tersebut. Hanya ego yang menghalang Farah untuk
memuji kejayaan keluarga mereka terutamanya Akher. Wawa tidak tahu berkata apa
pun. Akher pun sama. Setidak-tidaknya, Alisya telah mengantikan separuh tugas Akher
untuk memperkenalkan ahli keluarganya.
"Abang Long, Angah, Kak Nisa dan Akmar semua
sempat belajar dari ayah. Alisya je tak de." Alisya menambah
secara tiba tiba.
Tergamam Akher mendengar kata kata itu keuar dari
mulut adik bongsunya itu.
" Alisya tak baik cakap macam itu, ibu ajar Alisya
macam-macam kan. Abang dan kakak semua ajar Alisya juga kan." Nasihat Akher pada adik nya itu.
"Tapi abang semua berjaya sebab ayah pandai ajar
kan" Alisya membalas sambil berlari ke arah ibunya.
Ibunya
mendakap Alisya sambil tersenyum." Alisya jangan risau ye , ibu janji ibu
ajar Alisya macam ayah juga ye" mata ibunya pula seperti mahu berkaca.
"Minta
maaf ibu, Isya tak sengaja" mohon maaf dari mulut Alisya. Takut-takut
ibunya terasa.
"Apa
yang Alisya nak cakap mungkin sebab arwah ayah kami memang sentiasa dekat
dengan kami semasa hidupnya. Ayah lah yang selalu beri kami semangat dan gilap
kepakaran kami lima adik-beradik" bicara Akher menyambung penerangan
adiknya itu.
"Ayah,
Abang tahu semua benda ke?" Tanya Farah dengan nada yang perlahan.
"Arwah
ayah lebih kurang macam abang. Dia suka mesin. Dia ajar abang dari tadika lagi
tentang mesin. Arwah ayah juga suka cerita tentang tugas dia dan bawa kami
belajar kerjanya. Mungkin itu maksud Alisya, sibuk macam mana pun dia..arwah
ayah tetap meluangkan masa membentuk anak anak dia" Akher memberitahu
secara mendalam kali ini.
"Farah
tanya arwah ayah boleh buat semua benda kan tadi..bagi abang , memang ya tapi
bukan semuanya dia terbaik. Bagi abang, ayah tidak pandai sangat bersukan macam
adik abang, tapi dia pandai motivasikan anak- anaknya supaya lakukan setiap
perkara bersungguh. Selain apa yang diajar di sekolah. Arwah ayah banyak ajar
kami semua berbagai perkara dalam kehidupan ini. Bagi ayah, Ilmu adalah harta
yang terbaik untuk kehidupan kami di dunia ini" mata Akher berkaca semasa
menceritakan perihal arwah ayahnya. Cepat-cepat dia memusing sudut pandangan
matanya dan menahan sebaknya.
Di
dalam hati Farah kini diselebungi perasaan bersalah kerana dia terlalu menekan
mereka dengan soalan yang prejudis. Sikap terburu-burunya
kini menyebabkan dia berasa malu dengan diri sendiri. Berkali kali dia memicit-micit
matanya seperti menyesali perbuatannya sehingga terbit suasanan tegang yang
tidak diperlukan ini. Cuma di dalam hatinya sekarang, ingin sahaja dia
mengucapkan satu perkataan..iaitu sempurna. Ntah kenapa ia
bermain di mindanya sekarang.
"Farah..kakak
nak share satu rahsia tau. Harap tak ada orang yang terasa" tiba tiba Wawa
mencelah.
"Kedai
yang kita suka makan tu, Restoran Shila Rosni...mak Akher la yang punya. Inilah
Puan Shila Rosni sebenar" beritahu Wawa dengan wajah yang ceria sambil
medepakan tangannya ke arah mak Akher.
"Wawa..."
Emak Akher hanya mampu tersenyum. Dia kemudiannya memeluk pinggang Wawa tanpa
menyambung apa apa perkataan pun.
"Restoran
yang besar..sedap..murah tu makcik punya?" Terpegun si Farah mendengar
bahawa restoran kesukaannya itu milik emak Akher.
"Ye
anak. Anak-anak makcik tak payah kerja pun tak apa kan..tapi sayang kalau ada
bakat kita tak cungkil dan gilap kan. Selagi mampu dan mereka pun suka.
Teruskan lah"kata kata ini seperti penutup untuk semua kekeliruan Farah
selama ini.
Selama
ini Akher bekerja keras bukan kerana faktor ekonomi. Walaupun hakikat keluarga Akher
juga tergolong dalam keluarga berada tetapi mereka zuhud. Hartanya tidak
ditonjolkan. Mungkin kebanyakkan didermakan atau disimpan untuk kegunaan masa
panjang.
"Sempurna...sempurna..sungguh
sempurna sekali" Farah akhirnya melepaskan juga kata katanya itu setelah
jatuh terduduk di atas sofa.
Sudah
terang lagi bersuluh, kekasih makciknya itu nyata sempurna dari setiap sudut
persendirian mahupun kekeluargaan. Tiada apa untuk dinafikan lagi.
End
of chapter 5
Comments
Post a Comment