Cerita Tentang Zuriat - Part 15 - Si KEMBAR


Sambung episode lepas.

Wife datang ke kami dan tiba tiba menangis. Kuat gak tu nangis bukan sekadar titisan air mata je…Tapi, tapi,tapi….tengok tajuk pun dah tahu kan.

"It’s a twin.Kita dapat kembar. Kita dapat kembar" Wow.. Tergamam aku.

Sambil masuk dalam kereta peluk anak yang baru belajar merangkak.  Beritahu anak yang dia dah dapat adik kembar. Tak leh manja lama sikit. Apa la si kecil kami Hanannia mengerti.. Yang kami dah besar ni pun perasaan bercampur baur. Rasa syukur sangat dikurniakan anak kembar ni. Tak terhenti kami rasa bersyukur pada-Nya. Tetapi dalam masa kami sedar juga tanggungjawab yang tinggi ni nak membesarkan 3 anak yang masih kecil dengan sempurna..Kalau ini lah rancangan –Nya dari awal, memang kami terasa hikmahnya.

Kami tak berahsia pun dengan keluarga lagi or kawan rapat. Cuma cam biasa. Tak heboh di medan social. Usaha kami nak encourage orang yang lambat dapat anak dapatkan treatment IUI atau IVF di hospital kerajaan tak perlu di war war kan dengan kehadiran kembar kami. Cukuplah dengan sekumit pemberitahuan.

Untuk aku, dalam masa 8 bulan wife aku mengandungkan anak anak kami. Aku sering teringat kata kata wife aku mengenai keinginannya di awal pengenalan kami. Dia mengidamkan anak kembar dan teruja kerana aku ada adik kembar. Hehehehe. Jujurnya, adik aku yang kembar. So aku tak terasa sangat pada masa itu. By biological, adik beradik aku dikatakan akan membawa genetic kembar..So wife aku (girlfriend masa itu)  fikir dia ada high chances untuk dapat baby kembar kalau kahwin dengan aku nanti. Well, aku ikut ajelah apa yang dia rasa. Rezeki Allah siapa yang tahu.

Tetapi kita hanya merancang dan mampu mendoakan yang baik baik sahaja. Bila di uji dengan ketidak hadiran zuriat, memang agak susah menenangkan pasangan yang terlalu kuat naluri keibuannya. Seperti di awal topik ini, kami melalui tempoh sederhana panjang dan rawatan yang berbagai bagai untuk memperoleh anak. So sebenarnya, soal gen kembar seolah olah sudah menjadi kabur dan hilang. Memang pada masa IUI kami Berjaya, kami doa juga untuk kembar kerana merasakan sahabat sahabat kami sudah mempunyai purata 2 anak ketika itu. Tetapi 1 pun sudah cukup mengembirakan. Yang penting anak itu sihat sempurna sifatnya.

Kini, aku diperingatkan sekali lagi dengan kekuasaan mu ya Allah. Sudah banyak kau buktikan kepada kami betapa benar nya kata kata mu seperti di dalam Al Quran. Engkaulah yang Rahman dan Engkaulah yang Rahim. Rezeki hebat mu tidak disangka sangka dan diluar jangkaan kami. Doa isteri yang kerap ketika zaman belajar dulu telah Engkau tunaikan. Alhamdulillah..segala pujian hanya pada Mu Ya Allah. Tuhan segala alam.

Sahabat....

kami bukanlah sesiapa pun.. Dan kami bukan lah doctor atau orang yang pandai memberikan motivasi. Cukuplah sekadar perkongsian di medan social ini agar dapat digunakan sekiranya perlu. Harapan kami cuma satu...Kami berharap dan berdoa supaya orang yang sedang berusaha mendapatkan anak ini tidak putus putus berusaha. Biarpun usaha yang melibatkan rawatan hospital ataupun sekadar doa,tetp jangan berhenti mencuba.

Ikhlas
Dari kami 

Hafeez
Haniza
Hanannia
Hanannayla
Hanannajla


 Bila scan je dah besar ni. Serius tak tipu.Hehe.Dah nampak lengkap sifat manusia.


Comments

  1. hasil nukilan penulisan sebagai seorang suami dan sahabat. nukilan anda membuatkan sy menagis kegembiraan. tq for ur motivation. sy dan suami still ttc now thn ke3. doakan kami berjaya. ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih hayati kisah kami..sedikit sebanyak kami harap membantu puan dan kawan2 yg lain ttc.insyallah.tuhan makbulkan dalam masa terdekat ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum, cerita encik menjadi inspirasi kepada kami. Terima ksih untuk pengalamn cerita yg menguatkan lg semangat saya. Still ttc 3y. Tahun ni bru start dgn HKL, sblm ni dgn Dr Hamid Arsyad. Doakan kami pula akan menerima berita gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..lambat saya reply.amin..amin.semoga dipermudahkan

      Delete
  3. Dan saya hanani.. Baru lps iui procedure utk anak kedua.. Moga ada rezeki

    ReplyDelete
  4. Terharu bila suami berusaha utk dptkan anak. Sanggup berssh payah sm2 pergi ke mana sahaja. Sy sekrg 12 thn masih ttc lg. InsyaAllah sy pun masih berusaha lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan anda bersama. insyallah akan berjaya jua
      hendaknya. amin

      Delete

Post a Comment