Ada apa dengan Hong Kong

Pa dia ada kat Hong Kong ek?? Jacky Chan ke? Pergi je lah dah wife aku kata duit dia bayar..huhu. Perjalanan menggunakan kapal terbang AirAsia lebih kurang 5 jam lebih..sebab kapal terbang kecik kut. Gi Shanghai pun 5 jam gak naik MAS..Apa yang bagus gi Hong Kong ni untuk warga Malaysia tak payah visa..lupa lak valid sampai berapa lama passport kita tuh.

Sedikit info pasal Hong Kong ni, Hong Kong ni dipegang oleh Britain sudah sekian lama dan hanya beberapa tahun dahulu, Britain menyerahkan kembali kepada China. Walaupun begitu, Hong Kong memiliki sistem kerajaan nya sendiri dan menggunakan Dolar Hong Kong manakala China menggunakan mata wang Renminbi.


Bila kita tukar duit. Berkemungkinan kita akan perolehi empat jenis bank notes lain lain patern. Tak yah nak kalut sangat la, ada empat bank yang mengeluarkan mata wang ni. Tu jadi lagu tuh ni. Duit lak bila tukar, punya besar nilai..sampai 1000 dolar hong kong pun ada.. Dah lah banyak kedai dah start tak accept 1000 dolar ni. Gi Disneyland bayar untuk untuk family okaylah..beli fridge magnet??


Pandangan bandar Hong Kong dari kapal terbang. Oleh kerana kepadatan penduduk, rumah apartment diorang memang tinggi dan rapat rapat je.


Penuh kapa kapa kontena keluar masuk Hong Kong. Tanda sebuah bandar metrapolis yang sangat sibuk.

So ada apa dengan Hong Kong

Bila cakap pasal Hong Kong ni, mesti orang Malaysia ingat Disneyland je.. Haram aku tak pegi..Haha. Tapi Boleh lah aku cite sikit pasal kakak ipar aku sefamily pergi sana dan aku ke tempat lain. Macam biasa, aku akan susun cerita aku by content to content..mari bermula dengan hotel dulu.


Hotel 


Memikirkan kami tujuan utama ke Hong Kong ni adalah untuk berjalan, hotel mahal semestinya bukan pilihan. Ye lah, kalau keluar pagi balik malam rugi rasanya bayar mahal. Hotel hotel murah lak selalunya senang di dapati di tengah tengah bandar Hong Kong ni lagi lagi dekat Tsim Sha Tsui, malah sangat berdekatan dengan tempat attraction. Oleh itu kami telah memilih dua hotel berlainan yang tak sangka semuanya berada di dalam Chungking Mansions ni.. 

Negatif thing, jika anda memilih untuk menginap di sini, anda harus memiliki kesabran dan tolenrasi yang tinggi. Gila ko nak naik lif setengah jam kena tunggu..Dalam sebuah mansions ini boleh mempunyai dalam 50 hotel kut..ke lebih, Setiap hotel pun share specific lif dan level yang ada.Lif pulak boleh muat 5-9 orang maksimum.(tengok size).tapi semua bawak beg gaban gaban punya.so boleh bayang tak kepadatan dia cam mana? Lihat gambar untuk rujukan :)


Masuk je bilik, alahai kecik nya lah..walaupun dalam website dia dah bagi saiz bilik tapi bila sampai rasa lebih kecil lak..Sedih je muka masing masing. Takpelah, nasib baik internet free, baring sudah kan. So untuk korang ni, aku advice kalau nak selesa berkorban lah sikit duit tu beb, kalau tak merasa gak lah beratur naik lif...tangga aku rasa korang tak snggup kut.


Place of Interest

Avenue of Star

Avenue of star ni terletak seberang jalan je dengan hotel kami duduk. Dengan berlatar belakang Victoria harbour ni dan bangunan segak tinggi cantik kat seberang pulau ni, memang sangat sesuai untuk tujuan bergambar. Malahan bangunan bangunan ini dihiasai dengan lampu yang menarik dan mempunyai pertunjukkan laser pada setiap pukul 8 malam. Tapi mashallah penuh manusia..sesak nafas pun ada.


Bagi aku lawa dol benda benda camni, takpe sekali sekala bazir karan asal pelancong datang kan.


Gambar pada hari berlainan yang berkabus. Even better.


Pertunjukan laser pada setiap pukul 8 malam ataupun dikenali sebagai Symphony of Light.

Tarikan utama avenue of start ni sebenarnya ialah beberapa statue yang berada di sepanjang sungai ni. Ada juga kesan tapak tangan dari artis artis famous Hong Kong. Tapi aku better mai lepas sembahyang subuh. Lepas tengah hari ramai sangat orang..lagi lah pula time laser show.


Avenue of star. Kul 6 dah cerah dah..subuh kul 4 time tu. Summer.


JacKie Chan


Awek mana ntah!


Bruce Lee.

The Peak and Madame Tussauds

Yeah..waktu berjaya beli tiket murah dari harga dalam internet price rasa bertuah gila. Kitaorang beli tiket ni dari China Travel Agency (H.K) Ltd..ada je depan hotel kiraorang kedai ni walaupun kitaorang tak beli dekat situ.  Tapi bila dah ke sana..puh. Dugaan..Dugaan..


Fasa pertama beratur..dengan hujan nya lagi. Nasib bawah jambatan.


Fasa kedua beratur. Peh.Ingat dah habis.. Fasa Ketiga dalam station ni. Total time beratur dalam 75 minit. Yang tension nya, bukan sebab beratur ni, tapi sebab attitude orang kat sini. Orang Hong Kong kata sebab orang tanah besar perangai cam barbarian. Asal nampak je celah nak potong, tak kira orang mengandung ke budak kecik. Kita orang ni nasib kaki maki orang yang tak beradap, baik jap lah diorang 5 minit. Em ada cara nak ekspress..beli tiket kat sini je..tapi mahal la. Business ma..


Aku tak beberapa pasti..tapi kalau ikut gaya track dia cam satu train je kat sini..Peh.Dah tu tak tahu ke bagi keselesaan sikit kat customer. Semua piki duit je ke..aiyo. Dah naik tak adalah best sangat..pasal hujan lebat.Naik Kereta kabel kat Pulau Pinang lagi best..


Lepas je naik train, terus masuk Peak Market. Bisnes oo..bisnes. Em tapi orang kata barang kat sini pun murah. Perhaps..


Okay. Kat sini kita boleh pegang perempuan tak batal air sembahyang. Just jangan raba dia lebih lebih lah. Terkopak lak lilin tu karang.


Family photo with Princess Diana.


Peh hujan lebat pun diorang benarkan visitor naik atas bumbung. Dah lah nak check tiket gak..Siap ada orang nak amik gambar lagi then kenakan bayaran..ko ingat cantik gambar tu. Em honestly lawatan kami ke sini memang terrible. Mungkin waktu dan cuaca tak mengizinkan..tetapi kami semua rasa layanan tempat ni memang worst. Tak kena dengan bayaran yang diorang kenakan kut. Allahualam..

Star Ferry Harbour 


Ni kes tak tahu gi mana dan disebabkan hujan lebat baru kami tahu ada service ferry untuk mengelilingi harbour ni. Kalau tak tengok ajelah ferry pusing pusing dari Star Avenue. Harga search sendiri..tapi harga okaylah kalau naik waktu siang..start pukul lapan mahal sebab ada symphony of light. Masih lagi trauma disebabkan manusia yang amat ramai semasa di The peak..Alhamdulillah, Kali ini tak ramai langsung. Mungkin sebab ada banyak lagi port ferry ni dikeliling harbour ni..



Ferry sudah sampai.


Syukur tak perlu bersesak dengan orang ramai. Diorang siap sedia kan makanan ringan lagi berserta air.


Bagi aku pemandangan architecture Hong Kong ni memang sangat menarik. Berpuluh puluh gambar aku snap dekat sini. 


Another one pemandangan indah. Hehe.

Lebih kurang satu jam baru habis tour harbour dia. Terubat la hati sikit. Tak buat apa pun dekat sini. Lepak lepak sambil menghayati pemandangan pun okay pe.

Mongkok (Ladies Market)

Lepas je Ferry tour, kitaorang pun amik bas dan terus ke Mongkok untuk pergi ke petaling street Hong Kong..iaitu Ladies market. Macam blog lain, kat sini memang kena bargain gila gila, barang China je pun. China dengan Hong Kong pun bukan jauh pun. Tapi liat gak lah nak dapat discount tu..


Hujan masih berterusan dari pagi..kalau KL dah banjir ni.


Bila kita sampai tempat orang memang kita sibuk membeli kan..harga kadang kadang lebih kurang je dengan KL..certain benda memang murah lah cam pen drive ke baju souvenir kat sini. Yang lain aku tak pasti lah..tapi kasi beli juga. Baju untuk souvenir dan ingat ingatan paling murah dapat 100 dolar HK 7 helai..cari lah.Tak yah tawar tawar lagi.

Ngong Ping 360 Cabel Car


Oleh kerana tak nak bersesak dengan ramai orang, pagi pagi lagi kami dah pergi ke Ngong Ping Cabel Car ni. Kalau naik MRT, Ngong Ping ni cam destination terakhir di Pulau Lantau (Pulau yang sama dengan Disneyland). Harga tiket cam kat atas untuk pergi balik. Berbaloi lah juga untuk pengalaman travel pergi ke sini.


Ramai visitor dari luar dan dalam ni..tapi still bergerak pantas.


Akhirnya stuck juga disebabkan hujan dan angin..Untuk safety reason, operasi cabel car terpaksa dihentikan. Terpaksa lah kami tunggu, hampir 2 jam tuh..ramai gak yang give up and blah. Tetapi sini masih boleh duduk duduk lagi atas lantai..so hentam ajelah. Nak pegi mana je lagi..Oleh sebab ramai give up, makin cepat lah giliran kami.


Pemandangan dari cabel car setelah hujan berhenti.


Pun sama seperti di atas.


I was here. NgongPing 360.


Memandangkan kami tak amik pakej complete untuk menghayati perkampungan disini..maka kami hanya berjalan jalan disekitar cabel car sahaja.


Di sini  terletaknya Big Buddha..oleh kerana kesihatan wife yang tak seberapa time tu. Kami hanya melihat big buddha dari jauh sahaja.

Sebenarnya aku rasa rugi pulak tak amik full package lawatan kampung ni. Sebab aku rasa trip disini lebih bermakna untuk dihayati dari pergi ke theme park. Apa yang aku tak suka tentang Ngong Ping ni ialah suka benar business gambar lepas tu jual dekat 500 HK Dollar..Even bila kita beli barang pun diorang bagi promotion gambar free then suruh beli gambar yang lain dengan harga tak munasabah. Ko gila nak aku habiskan 300 ~ 400 ringgit untuk gambar dan souvenir tak seberapa tuh..Wat bodo ajelah geng. 

Citygate Outlets

Ni lah satu satunya shopping mall yang aku masuk dan aku teringin nak pergi lagi. Alasan tak munasabah sebab aku nak beli barang Quicksilver yang harganya sedikit murah dari Malaysia. tapi bila discount, memang jauh lagi murah beb..aku hentam 2 helai baju dan satu seluar pendek dalam harga 170 ringgit je.. Tu selalu dapat seluar je dekat Malaysia ni.

                            

Ni lah pemandangan orang beratur diluar kedai yang rasanya agak jarang dilihat di Malaysia. Sale offer diorang memang menarik, that why kadang kadang barang branded lebih sesuai dibeli di luar negara. Cuma kalau korang pergi bukan time waktu sales, harga lebih kurang ajelah kut.


Disneyland

Dua tiga bulan sebelum ke Hon Kong ni, memang Disneyland adalah salah satu faktor utama kami datang ke sini. Reputasi Disneyland ni memang kita dengar meletup letup di Malaysia. Pun banyak rancangan TV yang mempromosikan Disneyland ni salah satu theme park terbaik untuk dilawati..Akhirnya atas sebab keadaan tak mengizinkan, hanya family akak ipar aku sahaja yang pergi. Tak banyak yang aku boleh share, tapi ni lah realitinya..


Penuh gila orang! Dari start naik train sampai la nak beratur main, kena beratur dan bersesak dengan ramai orang. Dari apa yang biras aku faham dari pekerja di Disneyland ni, hari biasa memang penuh macam ini tapi bila cuti sekolah..clear & tak ramai orang. Kesian kat depa ni, mereka beratur dekat 30 minit ~ 60 minit semata mata nak main satu permainan..lagi lah ada anak kecik. tak tahan budak budak ni. For me, kalau nak kekalkan quality fun dekat sini, Disneyland perlu lah limitkan pengunjung depa. Kalau tak memang ramailah yang complain..maybe diorang tak kisah sebab fikir pengunjung ni datang sekali seumur hidup je kut.


Istana Disneyland yang tak tahu lah bila masa plak aku yang pergi. Haha. Belajar dari pengalaman family kakak ipar aku ni, rasanya anak dah masuk sekolah rendah baru masuk kut. 


Makanan

Bab makanan ni aku rasa yang paling tak ada masalah sekali. Dalam hotel tempat aku duduk sahaja dah dimonopoli oleh bangsa Pakistan, Bangladesh, Afrikan. So berlambak makanan halal disini. 


 Restoran Ebeneezer ni lah kedai paling kami suka pergi makan. Makanan dekat sini basicaly macam kebab dan nasi beriani, tapi rasa memang special. Sampai hari ni pun mesti aku terliur kalau fikir nasi beriani dia. Harga so so lah..memang Hong Kong mahal sikit kan. Sekali makan satu family, mahu dekat 100 ringgit lebih lah..kira affordable lagi. Restoran ni dekat luar bagunan hotel kami, dekat je tapi susah lah nak jumpa jalan ni.


Nampak macam banyak tapi habis juga satu pinggan. Sedap!


Pizza pun ada.

Dekat Ngong Ping pun ada. Syukur. Tapi slightly mahal and potion kecil sikit. Kira apa apa pasal business memang tak ada masalah dekat Hong Kong.

Pengangkutan awam

Bila kita touch down je dekat airport, perkara paling penting sekali untuk jalan jalan di Hong Kong ni adalah memiliki Octupus card. Pengangkutan memang tip top dekat sini, tak susah pun nak paham dia. Semua sistem bus, MRT dan teksi sangat berfungsi.


Sampai je dekat airport, hangpa pi straight je dekat sini, ke arah MRT. Tengah tengah airport kalau tak silap. Beli dan topub siap siap. Sorang satu keping. 


Ni lah rupanya. Kad ni bila nak balik Malaysia boleh refund tapi ada caj sikit lah. Okayla tu, wat makan dekat airport nanti. Tak payah bawa balik duit Hong Kong ke Malaysia balik.



Kami amik bus je untuk ke Tsim Sha Tsui pasal nak jimat. Stesyen bus hodoh sikit tapi okaylah. Awal awal lagi dah ada orang nak sai lang kitaorang, tapi bukan orang Hong Kong. Seagama dengan kita juga, nasib beliau tiada Octupus kad ni, so driver bus tak nak bagi dia masuk. Come on man, jangan sebab kita orang tourist ko nak amik kesempatan lak. Nampak kepentingan kad ni sekarang.


Sistem MRT dekat Hong Kong ni aku kira perfect la, so aku boleh faham dalam sekali dua kali je naik train ni. Sama level dengan Korea. Malaysia bagi aku sedikit susah sebab faktor jarak. Nak tukar train dari KL sentral ke Monorail pun aku consider susah..diorang semua ter connect melalui tunnel bawah tanah. So tak ada masalah hujan atau info.

Bila balik ke airport, kami naik van sewa la. Just tanya orang hotel berapa caj dan diorang akan arrangekan. Dalam 350 HK dollar la gak. Tapi kira murah dan tak payahlah bersusah payah mengangkat barang yang dah beranak pinak tu.

Islam di Hong Kong

Special topik untuk di share kan. Rasanya penduduk islam dekat Hong Kong ni boleh tahan ramai. Mostly buka business hotel or makanan lah dari pandangan aku. Siap di area Tsim Sha Tsui ada tempat call Jordan dan tak jauh dari hotel aku duduk ada masjid. 


Ni lah rupa masjidnya. Kowloon Mosque and Islamic Centre



Alhamdullillah sempat juga aku merasa sembahyang jumaat di negara orang. Boleh dengar tiga bahasa berselang seli tau, tamil, arab dan english, Cara sembahyang jumaat dekat sini pun berbeza dari kita, berselang seli after khutbah atau doa. Maybe diorang ada banyak sembahyang sunat kut. Confuse sikit aku..Istiqamah ajelah kan. Wallahu A'lam.

Conclusion

Hong Kong bagi aku still affordable nak pergi even satu family pun. Malah untuk orang islam memang sangat mudah sebab banyak kemudahan seperti masjid atau makanan yang kita boleh cari disini. Satu satunya problem adalah disebabkan kunjungan tourist yang agak banyak setiap tahun maka semua tempat sentiasa padat dengan orang. Yang lain aku okay je la..bagus untuk pengalaman kan. Peh, kat 2 bulan aku taip baru siap. Bye2

Comments