Topi New Era. Hobi dan Info.

Salam. Dulu aku memang rajin beli topi..dari sport nya brand macam Quiksilper, Adibas, Niki, and topi Uptown pun banyak juga aku beli. Tapi topi-topi ni last last aku boring...sebab pattern dia sama je. So aku cuba la mengenali topi New Era..dan topik ni saje je la nak cerita salah satu hobi aku. Iaitu mengumpul cap..moga2 bila pakai lagi handsome😌😌

So apa la yang special about New Era ni lan kan. Meh aku cerita dari sudut pemahaman aku tanpa mengoogle. Huhu.

Kalau korang biasa dengan topi NY, LA or topi baseball, New Era adalah salah satu official brand yang keluar appearal untuk sukan baseball di USA ataupun dipanggil MLB lagi lagi berkaitan dengan headwear. So awal2 pengenalan aku dengan New Era pun aku cari Yankee dan LA je. Selain tu, aku juga minat dengan few baseball team macam WhiteSox Chicago dan SF. Harga dekat New Era butik ni untuk satu topi mencecah ke Rm 170 ~Rm 230..baju pun sama. Time ni beli agak banyak sebab tiap2 bulan ada je New Era kasi promo voucher..dan aku rasa kali ni meet target aku nak pelbagai gaya walaupun asasnya sama iaitu New Era. So takdelah setiap kali keluar pi jalan mana2 ada satu cap je.


Brand New Era juga bukan la baru2 lagi..diorang dah support sukan MLB ni lebih 100 tahun dari tahun aku post entry ni. So ni la edisi 100th anniversary yang aku beli dari US. Untuk design malaysia agak simple je..takmo la.hehe. So depa claim diorang la peneraju topi Fitted..jenis topi dekat belakang sambung terus tanpa ada snapback atau adjustable yang lain. So cap cap NEw Era ni juga dia ada kategorikan seperti 59Fifty untuk full cap fitted dengan flat brim, 9Fifty flat brim dengan snapbcak, 9Forty  untuk curve design..dan ada macam2 lagi. Google la korang ye untuk info ni. Ada banyak type lagi.


Selain dari NY,LA yang biasa korang nampak tu..lately ni banyak team MLB yang lain jadi hype..lagi2 logo team tu tak tertakluk pada huruf2 sahaja macam Colarado Rockies. Tambah side patch lagi..setiap keluaran jadi lebih esklusif yang mekaburkan lagi mata aku.haha.depa dah lama rancang, aku yang ketegag nak collect sangat. Walaupun New Era yang keluarkan topi ni, tapi dah dilesenkan kepada company yang lain juga. Diorang la kut perhangat market time tu untuk MLB cap yang ada side patch. Baru sepuluh saat release dalam website, dah sold out. Fuh..kira ada barang2 rare dah ni (yeke.haha). Mungkin first sukan yang angkat diri dulu softball, aku masih ada attach lagi untuk di relatekan dengan sukan bola lisut ni juga


Ada juga MLB Collab dengan brand2 yang lain..kira triple dah tu..adalah sikit beli dari MLB x Awake/Undefeated x New Era ni.



Dan New Era juga tak tertakluk pada MLB sahaja..NBA dan NLF pun diorang sapu license juga untuk semua team. Tapi aku tak start collect lagi lah.."tacut". Hehe. Tapi akhirnya aku beli juga brand Compound yang ada partnership dengan NBA (yang ada logo 7) . Dalam gambar di bawah juga ada cap Undefeated dan juga Justfitted yang rupa Crossbats tu. Dua2 aku agak minat juga semuanya brand oversea yang belum menampak pun di belah Asia kita ni. Cuma untuk Justfitted, harga resell market agak tinggi sebab topi di keluarkan sangat terhad untuk setiap design. Cukup lah ada satu-satu dulu


Banyak brand-brand kartun yang lain dah kolab dengan New Era ni. Rasanya kalau diorang keluarkan merchandize sendiri tak ada New Era..jarang nak beli. So kalau dekat Japan, New Era dah collab dengan banyak Manga series macam One Piece, Pokemon, Dragon ball dll..tapi aku cuba tak minat yang macam ni kecuali Spongebob tengah hisap gam ni. Haha. Kalau One piece masuk Malaysia stylo2 juga aku beli kut.. Sullen cap dekat bawah ni juga agak menarik untuk dibuat koleksi hujung hujung ni..so aku pun start satu. Ni cap versi Tatoo..Sullen punya sulaman agak cantik juga.


Last but not least, Paperplane menjadi cap kegemaran aku dan ramai juga tanya cap kapal terbang ni mana nak dapat. Biasalah, nak beli kena pergi US la..ataupun paling mudah beli dari reseller. Of course kalau korang convert duit directly rasa mahal..tapi shipping sebiji cap memang tak berbaloi


Dan untuk post ni, ni lah sekadar koleksi yang mampu dimiliki setakat ini. Ada rezeki beli lagi atau jual yang lama. Satu kelebihan cap New Era, harga use cap pun masih tinggi kalau pandai jaga. So aku anggap berbaloi la juga...boleh jadi emergency cash juga.


SAYA SEORANG PEMBELI DAN PENJUAL

Dalam masa menyelam mencari cap New Era ni, ada masa aku membeli lebih juga..dan jual balik. Ada masa discount aku pun beli la..Alhamdulillah so far tak ada client yang bising2..thanks sahabat2 yang saya kenal dan mostly yang kita tak pernah jumpa pun tapi trust saya. Saya selalu happy dapat tolong service untuk korang. Gambar kat Petronas tu salah satu moment saya paling ingat bila tokeh brand besar kat Malaysia pun grab topi dari saya..


Dan of course la juga saya pun membeli dari reseller dekat Malaysia ni lagi lagi cap dari US..bagi saya diorang tak jual tinggi mana pun. Lepas la duit shipping dan cukai kastam. Kalau barang tak sampai kami as a reseller tanggung rugi besar juga. Nak senang cari cap New Era ni beli dari butik pun okay, tapi dah start collect..ada la tu terbeli dari oversea juga ni. Hehe. 


Sedikit sebanyak info pasal New Era Cap ni. Ada berlambak je lagi brand yang collab dengan New Era ni..tapi tak terdaya den. Haha. Ada rezeki adalah lagi. Insyallah adalah sequel2 pasal cap ni nanti.

MHA

Comments